Carian dari blog ini

Tuesday, September 14, 2010

Bagaimana menarik perhatian pembaca terhadap banner

Sesebuah banner mestilah mempunyai maklumat yg jelas,ringkas dan padat. Tema warna perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Perlu dititikberatkan nilai-nilai penting dalam sesebuah banner.

Pembaca kurang berminat jika:

1. Terlalu banyak warna yang tidak sepadan antara satu sama lain. Padanan warna yg disarankan seperti: (hijau)

• 34D2AF dengan tulisan black
• 5ED2B8 dengan tulisan black
• 00A480 dengan tulisan white / black
• 006B53 dengan tulisan white / gray / black
• 1F7B67 dengan tulisan white / black
• 00Ac6B dengan tulisan white / black

Walaubagaimanapun, setiap warna yang dipilih perlulah dicubapadankan supaya ianya tidak menenggelamkan element-element penting dalam sesebuah banner.

2. Font yang digunakan tidak bersesuaian dengan tema banner, seperti Times New Roman menampakkan formal dan Comic Sans MS sebaliknya. Jika diperhatikan font memainkan peranan terpenting dalam sesebuah banner.

3. Font yang digunakan terlalu kecil atau besar.

4. Terlalu banyak image yg berserabut. Walaubagaimanapun, setiap image yang dipadatkan boleh disuaikan dengan menukar opacity,Photoshop.

5. Ruangan yang sempit. Ini dimaksudkan dengan ruang yang disediakan untuk membuat banner atau kepadatan sesebuah banner. Terlalu banyak maklumat akan membuatkan pembaca terkeliru.

Contoh buruk:
Masa : 09:00:00 malam.
Hari : Rabu, malam Khamis selepas BERITA.

Contoh saranan:
Masa : 9.00 malam
Hari : Rabu


Pembaca berminat jika:

1. Warna yang digunakan menarik. Jika warna background gelap, maka warna foreground perlulah terang dan sebaliknya.

2. Gabungan warna yang sepadan.
Contohnya:
• Hijau dan Coklat
• Merah dan Hitam
• Merah dan Kuning
• Kuning dan Hitam.

3. Ruangan yang optimum. Kenalpasti saiz banner dan kesesuaiaannya. Kebanyakan banner gantung akan menggunakan saiz 5m x 1m,manakala banner website akan menggunakan saiz 700x400px.

4. Font yang sesuai dengan tema.

5. Image yang digunakan bersesuaian . Image yang digunakan perlulah bersesuaian dengan tajuk dan dapat menyampaikan mesej yang berkaitan dengan berkesan.

*sokong dengan bookmark

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails